KESIMPULAN



 Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan makmur mestilah melengkapkan masyarakatnya dengan standard etika yang cemerlang bagi melayari alam siber yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Islam sebagai agama yang membawa rahmat hendaklah dijadikan rujukan utama di dalam penggubalan standard etika kepenggunaan Internet, sesuai dengan ciri Islam itu sendiri yang membawa perubahan menyeluruh samada dari sudut sosial,ekonomi dan sebagainya. Islam mewajibkan kepada seluruh kaum muslimin agar yang satu menghormati yang lainnya, yang seorang menjaga kemuliaan diri dan kawannya, keharuman namanya,kebagusannya dengan hati yang seikhlas-ikhlasnya. Ia juga menjadi harapan besar negara dengan adanya ketelusan dan ketulusan dalam zaman siber ini maka masyarakat akan lebih beruntung dan sejahtera. Tiada lagi unsur yang yang boleh rosak dan menghancurkan keutuhan masyarakat disebar melalui jaringan maya yang akan diakses oleh manusia sejagat. Pengaruh ICT dalam tahap kemodenan dan kehidupan masa kini tidak dapat dielakkan dan mempunyai pengaruh yang besar dalam kehidupan khususnya generasi muda. Ianya telah menjadi sebahagian daripada kehidupan moden kini yang akan terus meningkat penggunaan dan pengaruhnya dari masa ke semasa. Penggunaan dan pengaruh dalam kehidupan masyarakat Malaysia kini sudah tidak dapat dipisahkan dengan ICT dalam banyak aspek kehidupan.

Comments

Popular posts from this blog

PENDAHULUAN

Hi, selamat datang ke blog kami, tajuk kami ialah kesan dan cabaran dunia siber dalam pembentukan akhlak masyarakat

KESAN NEGATIF